Posts

Showing posts from June, 2021

Eddy Nicholas (D20201094067)

Image
Cara pihak sekolah menjaga hubungan yang baik dengan masyarakat dalam situasi pandemik COVID-19. 1.0 Pengenalan            Sekolah merupakan satu institusi pendidikan yang berbentuk formal kerana ia boleh mengubah pemikiran, tingkah laku dan sikap murid-murid dan seterusnya dapat melahirkan generasi yang seimbang dari segi rohani dan mental. Menurut  Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), sekolah bermaksud tempat untuk belajar dan mengajar. Persekitaran pula  dapat dikaitkan dengan suasana atau budaya sekolah dari segi fizikal, sosial, perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1989), persekitaran merujuk kepada keadaan sekeliling (sesuatu) atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau sesuatu).                        Dunia dikejutkan dengan penularan wabak COVID-19 yang menyebabkan pelbagai perkara dalam rutin seharian berubah. Bermula dengan penekanan terhadap penjagaan kebersihan sehingga ke Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang d